Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Terumbu Australia alami pemutihan teruk

    SYDNEY, 25 MAC – Terumbu Sawar Besar Australia sedang mengalami ‘pemutihan besar-besaran’ ketika karang kehilangan warnanya di bawah tekanan laut lebih panas, kata pihak berkuasa hari ini, dalam satu tamparan hebat yang dipersalahkan ke atas perubahan iklim.

    Sistem terumbu karang terbesar dunia, terbentang lebih 2,300 kilometer di sepanjang pantai timur laut Australia, menunjukkan kesan teruk suhu panas, kata Pihak Berkuasa Terumbu.

    Tinjauan udara mengesan pemutihan karang di beberapa terumbu di kawasan besar sistem, ‘mengesahkan kejadian pemutihan besar-besaran, yang keempat sejak 2016,” katanya dalam satu laporan.

    Terumbu Sawar Besar, tempat tinggal kepada 1,500 spesies ikan dan 4,000 moluska, terjejas teruk meskipun kesan penyejuk fenomena cuaca La Nina, yang kini mempengaruhi iklim Australia, menurut pihak berkuasa.

    Kawasan itu, terdiri daripada 2,500 terumbu individu dan lebih 900 pulau, mengalami pemutihan apabila karang menyingkirkan alga yang hidup dalam tisu mereka, sekali gus menyebabkan warna mereka luntur. – AFP

    Gambar fail menunjukkan pemandangan udara Terumbu Sawar Besar di luar pantai Whitsunday Island, pantai tengah Queensland. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...