Terumbu Sawar Besar elak senarai ‘dalam bahaya’ UNESCO

BRISBANE, 23 JULAI – Australia hari ini berjaya mengelak Terumbu Sawar Besar daripada tersenarai tapak warisan terancam oleh UNESCO, di sebalik kebimbangan mengenai kerosakan akibat iklim ke atas ekosistem terumbu karangnya.

Di mesyuarat Jawatankuasa Warisan Dunia dipengerusikan China, delegasi mengundi untuk tidak menurunkan terumbu sawar itu ke senarai ‘dalam bahaya’ selepas satu usaha melobi oleh Australia.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada delegasi kerana mengiktiraf komitmen Australia untuk melindungi Terumbu Sawar Besar,” kata Menteri Alam Sekitar Australia, Sussan Ley dalam satu kenyataan kepada badan itu.

Agensi budaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu mencadangkan dalam Jun agar status Tapak Warisan Dunia terumbu itu diturunkan kerana penyusutan mendadak terumbu karang, sebahagian besarnya kerana impak perubahan iklim dan kualiti air yang teruk.

Pengarah Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam program warisan Dunia, Tim Badman menekankan bahawa terumbu itu ‘amat jelas’ memenuhi kriteria senarai terancam.

“Di sebalik usaha besar-besaran dibuat oleh pihak kerajaan, kedua-dua status semasa nilai universal menonjol Terumbu Sawar Besar dan prospek pemulihan masa depan secara signifikannya semakin merosot,” katanya. – AFP