Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terus baik pulih gangguan air

    Oleh Pg Fairol RMF

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Feb – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan ingin memohon maaf kepada orang awam terutamanya penduduk yang tinggal di Kampung Subok dan Kampung Belimbing berikutan gangguan bekalan air yang berlaku ketika ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JKR kelmarin, paras air tangki di Kampung Subok ketika ini berada pada tahap rendah.

    Walau bagaimanapun, JKR sedang menyiasat dan berusaha untuk membaik pulih situasi bekalan air tersebut dengan melaksanakan kerja-kerja mengesan kebocoran dan pembaikan paip.

    Sehubungan itu, jabatan ingin memaklumkan kepada penduduk kampung bahawa bekalan air bersih boleh diperoleh menerusi penyediaan tangki-tangki biru dengan membawa botol atau bekas air sendiri.

    Tangki-tangki berkenaan boleh didapati berdekatan kawasan Masjid Kampung Belimbing Subok, Taman Tasik Sarubing, persimpangan ketua Kampung Subok, persimpangan ketua Kampung Belimbing, Simpang 309, Simpang 421, Simpang 500, Simpang 373, Simpang 260 dan flat kebajikan Simpang 564.

    Sementara itu, JKR turut memohon kerjasama semua pihak agar dapat berjimat cermat menggunakan air serta menghubungi talian hotline 123 bagi pembekalan air bersih melalui tanker atau sekiranya terdapat sebarang aduan berhubung pembekalan air bersih.

    Oleh itu, pihak jabatan memohon kerjasama daripada orang ramai dan bersabar dengan situasi yang berlaku ketika ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Tidak sengaja