BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MEI – Untuk membimbing para Muallaf untuk meningkatkan dan menghalusi lagi ilmu pengetahuan Ugama Islam terutama dalam ibadat sembahyang, akidah dan akhlak.
Seramai 66 orang peserta hari ini menyertai Skim Bimbingan Lanjutan I Muallaf Siri ke-107 (lelaki) kendalian Pusat Da’wah Islamiah melalui Bahagian Pembangunan Muallaf (Tarbiyah Muallaf) dengan kerjasama Unit-Unit Da’wah Daerah Belait, Tutong dan Temburong yang diadakan secara serentak di keempat-empat daerah selama 14 hari bermula dari 23 Mei 2023 hingga 8 Jun 2023.
Antara pengisian sepanjang skim berkenaan termasuk Tauhid, Fiqh Solat, Fiqh Haji, Fiqh Munakahat, Tasawwuf, Muqaddam, Amali, Sejarah Islam dan Kefahaman Keluarga.
Antara peserta yang hadir semasa majlis berkenaan.