Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terus istiqamah khatam Al-Quran

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI – Sebagai menyatakan rasa syukur selepas mengakhiri dan melengkapkan bacaan 30 juzuk, ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Sungai Besar telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di masjid berkenaan, hari ini.

    Ketua Kampung Sungai Besar, Kampung Serdang dan Kampung Sungai Belukut, Leftenan Kol (B) Haji Zaini bin Haji Damit selaku Setiausaha AJK Takmir Masjid Kampung Sungai Besar melahirkan rasa bangga atas kesungguhan para jemaah untuk mengekalkan ibadah bertadarus yang sangat bermanfaat bagi diraikan di dunia dan di akhirat.

    “Khidmat besar daripada membaca Al-Quran juga dapat membersihkan jasmani dan rohani di samping memberikan ketenangan dalam kehidupan seharian,” jelasnya.

    Al-Quran merupakan nikmat yang paling besar yang dikurniakan Allah SWT dan mengamalkan membaca kalam Allah itu akan menerima ganjaran pahala dan fadilat yang sangat besar termasuk mendapat syafaat di samping diangkat darjat dan martabat para pembacanya.

    Sehubungan itu, bagi merebut ganjaran pahala dan keberkatan dari kitab suci tersebut, jemaah subuh Masjid Kampung Sungai Besar terus secara istiqamah mengadakan ibadah bertadarus Al-Quran setiap selepas sembahyang Fardu Subuh berjemaah.

    Turut menyertai majlis itu ialah Penasihat AJK Takmir Masjid Kampung Sungai Besar, Haji Mohiddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Leftenan Kol (B) Awang Haji Zaini dan peserta khatam bergambar ramai pada majils itu. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda