Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terus laksana strategi baharu tingkat pertumbuhan sektor makanan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Isu sekuriti makanan merupakan salah satu agenda yang telah menjadi perhatian oleh ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) pada persidangan musim permesyuaratan MMN ke-19.

    Pelbagai isu telah dibangkitkan dan cadangan bagi penambahbaikan untuk memastikan masa depan pembangunan negara serta kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini terus terjamin.

    Ke arah itu, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) akan terus berusaha dengan kerjasama semua pihak berkenaan melalui pendekatan whole of government dan whole of nation dalam melaksanakan strategi-strategi dan inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan serta yang baharu bagi memastikan pertumbuhan keluaran daripada industri sektor makanan, ujar Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin dalam ucapan penangguhannya di Bangunan Dewan Majlis, hari ini.

    Beliau seterusnya menambah, ia khusus dalam bidang pertanian dan perikanan, sama ada keluaran daripada industri primer dan industri pemprosesan hiliran dan nilai tambah berasaskan pertanian dan perikanan yang akan terus meningkat dari tahun ke tahun.

    “Sekali gus menyumbang secara signifikan kepada usaha ke arah mempelbagaikan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara, eksport dan jaminan sekuriti makanan,” jelasnya lagi.

    Selain itu, usaha-usaha dalam menarik dan meningkatkan penglibatan pengusaha-pengusaha baharu sama ada pengusaha tempatan, terutama daripada golongan belia, dan jua syarikat-syarikat FDI, untuk berkecimpung dalam bidang pertanian dan perikanan akan diteruskan dengan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda