Wednesday, April 2, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terus mempertahankan prinsip

    Pelakon, Atiq Azman, mengakui rela hilang tawaran berlakon apabila berpegang teguh dengan prinsip untuk tidak melakonkan babak bersentuhan.

    Atiq atau nama sebenarnya, Raja Muhammad Atiqullah Shah berkata, walaupun mungkin akan ada yang memandang sinis prinsipnya itu, dia enggan menjadi hipokrit semata-mata kerana mahu menjaga perasaan orang lain.

    “Saya tetap mempertahankan prinsip ini, walaupun mengetahui ia akan membuatkan saya hilang banyak tawaran. Tidak mengapa kerana saya percaya rezeki ada di mana-mana. Kalau bukan dalam bidang seni, mungkin rezeki itu datang dalam bentuk lain asalkan saya tidak jemu berusaha,” katanya.

    Sebagai bekas pelajar sekolah tahfiz, finalis Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu berkata, dia perlu menjaga tingkah laku supaya nama dan tempat dia menerima pendidikan tidak terheret dalam kontroversi.

    Kali pertama menjadi finalis dan menyertai acara promosi ABPBH, pelakon berusia 19 tahun itu mengakui, seronok kerana ia bukan sahaja merapatkan jurang antara artis dan peminat, tetapi juga mengeratkan silaturahim sesama selebriti.

    “Walaupun berada dalam satu industri, tidak semua kita kenal kerana cabang seni kami tidak sama. Justeru, peluang menyertai siri jelajah promosi ABPBH tidak harus dilepaskan kerana menerusi acara seperti ini, kita dapat berkenalan dengan finalis lain, di sam-ping beramah mesra dengan peminat,” katanya. – Agensi

    Atiq perlu menjaga tingkah laku supaya nama dan tempat dia menerima pendidikan tidak terheret dalam kontroversi. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda