Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Terus perbaiki diri secara berterusan’

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OGOS – Seramai 70 orang belia daripada Kumpulan Belia Masjid Syababul Iman Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong telah menghadiri program ceramah motivasi di Masjid Sengkurong, baru-baru ini.

    Ceramah motivasi tersebut disampaikan oleh penceramah bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Dayang Siti Hurul Ain ‘Diyana binti Haji Abdul Majid @Vieana dengan tajuk Journey to a Better Me.

    Program itu bertujuan memberikan motivasi kepada para belia untuk terus memperbaiki diri secara berterusan, di samping mengenali tujuan hidup yang sebenar sebagai hamba Allah dan Muslim yang sentiasa taat dan tunduk patuh kepada Allah dalam segala aspek kehidupan.

    Ceramah juga menekankan kepentingan mengenal pasti potensi diri dan bagaimana menggunakan potensi yang ada untuk kepentingan masyarakat dan negara, di samping sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah.

    Antara Belia Masjid Syababul Iman Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong menyertai Program ceramah motivasi masjid berkenaan. – GAMBAR SERAHAN KUMPULAN BELIA MASJID SYABABUL IMAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda