Sunday, December 4, 2022
25.9 C
Brunei

-

Terus semai semangat patriotisme

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 27 Julai – Sebagai usaha berterusan untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan para pelajar supaya menghormati serta menjiwai lagu kebangsaan dan bendera negara, Jabatan Penerangan melalui Cawangan Penerangan Daerah Tutong telah mengadakan Program Taklimat Kenegaraan di Sekolah Menengah Tanjong Maya (SMTM), pagi tadi.

Seramai 135 orang penuntut Tahun 7 sekolah berkenaan menghadiri program tersebut yang diadakan di dewan kuliah sekolah itu di mana turut hadir ialah Pengetua SMTM, Hajah Norzan binti Haji Meludin dan tenaga pengajar sekolah.

Semasa program itu, taklimat bertajuk ‘Menghayati Bendera Negara dan Sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam’ telah disampaikan oleh Ketua Cawangan Penerangan Daerah Tutong, Awang Hasanul Hidayat bin Haji Abu Bakar .

Selain mendengarkan taklimat, para penuntut turut menyaksikan klip video ‘Kibarkan Dengan Megah Bendera Negara’, ‘Semarak Pengibaran Bendera Negara’ dan video animasi mengenai ‘Tatacara Mengibarkan Bendera Negara’.

Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada penuntut-penuntut yang berjaya menjawab Kuiz Kenegaraan.

Penuntut-penuntut Tahun 7 mengibarkan bendera sambil menyanyikan lagu patriotik.
Penuntut-penuntut Tahun 7 mengibarkan bendera sambil menyanyikan lagu patriotik.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -