Friday, June 28, 2024
30.1 C
Brunei

    -

    Terus sokong penerapan budaya kerja positif

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Bulan Kesedaran Kesihatan Mental (MHAM) disambut di peringkat antarabangsa sepanjang bulan Mei, dan menekankan pada pemupukan dialog terbuka, empati dan persefahaman, dan berkongsi sumber untuk menyokong individu ke arah kesejahteraan mental.

    Sehubungan itu, Unified National Networks (UNN) Sdn Bhd baru-baru ini telah menyambut MHAM dengan menggalakkan pekerja mengamalkan pilihan hidup yang lebih sihat di samping menggalakkan mereka berlatih menggunakan masa, sama ada berehat sebentar atau menyertai aktiviti, untuk mengutamakan kesihatan mental mereka tanpa rasa bersalah atau malu.

    Syarikat tersebut telah berkongsi inisiatif yang bermula sejak 2021 untuk tidak meremehkan kesihatan mental dan mewujudkan ruang yang positif dan selamat bagi memperkasakan pekerja dalam meningkatkan kesejahteraan mental mereka dan mengekalkan keseimbangan kehidupan kerja yang sihat.

    Salah satu perkara yang paling penting untuk membantu melindungi kesihatan mental ialah menerusi pergerakan badan atau aktiviti fizikal yang kerap, dan disebabkan itu pasukan UNN Employee Safety and Wellness (ESW), UNN Change Management (CM) dan UNN Corporate Communications & PR (CCPR) telah bekerjasama bagi mengatur serta memperkenalkan aktiviti itu untuk kakitangan UNN mengambil bahagian secara individu atau berpasukan.

    Kakitangan UNN awal bulan ini telah diperkenalkan kepada satu set yang terdiri daripada 25 matlamat kecil di mana ia boleh dicapai oleh pekerjanya dalam bulan tersebut sempena MHAM 2024 seperti merapikan semula ruang kerja, menggunakan tangga dan bukannya lif, melakukan satu aktiviti penjagaan diri, makan tengah hari sihat yang seimbang, atau menyertai satu kejohanan antara rumah UNN.

    Antara perkongsian yang disampaikan oleh wakil SHENA pada Hari Keselamatan UNN ke-3, bulan lepas. – GAMBAR SERAHAN UNN
    Gambar ramai para peserta yang mengikuti kejohanan paintball yang diadakan antara Januari dan Mac tahun ini. – GAMBAR SERAHAN UNN

    Ia adalah bertujuan untuk menggalakkan pekerja bagi berehat daripada terus berada di tempat kerja, di samping melakukan pergerakkan dan sentiasa menceriakan diri dengan menjaga minda dan badan mereka.

    Sejajar dengan itu, Program Gaya Hidup Sihat UNN (HLP) yang bermula sejak 2021, turut menggalakkan kakitangan UNN membentuk komuniti berdasarkan hobi mereka, menganjurkan aktiviti yang mereka sukai dalam komuniti tersebut, dan berhubung dengan rakan sekerja yang sehaluan dengan menyertai aktiviti tersebut bersama-sama.

    Pada September 2023, di bawah program tersebut, rumah sukan UNN telah ditubuhkan, di mana kesemua 700 kakitangan UNN telah ditugaskan di setiap rumah masing-masing secara rambang untuk menjalankan hobi mereka dalam skala yang lebih luas dan kompetitif.

    Antara Januari dan Mac tahun ini, kakitangan dari empat buah rumah sukan UNN perlu bersaing antara satu sama lain dalam kejohanan yang diadakan antara rumah bagi syarikat tersebut seperti futsal, bola jaring, boling, paintball, dan e-sukan serta bersaing dengan komuniti lain dari Darussalam Assets (DA), Datastream Digital (DST), imagine dan Progresif dalam perlawanan persahabatan futsal, badminton, dan bola jaring.

    UNN juga telah mengadakan sesi perkongsian secara dalaman dan luaran untuk melibatkan diri dengan pekerjanya secara berkala.

    Sesi perkongsian dalaman berkisar tentang nilai teras UNN. Pada sesi tersebut individu atau pasukan dari UNN akan tampil ke hadapan untuk berkongsi pengalaman, sumber dan maklumat peribadi dan kerja dengan rakan sekerja mereka. Di samping mewujudkan dialog terbuka bagi menormalkan perkongsian itu, ia sekali gus memperkasakan mereka untuk belajar cara menjaga diri sendiri, bekerja secara produktif dan berkesan bagi menangani tekanan kerja dan kehidupan.

    Sementara sesi perkongsian luaran menampilkan kaunselor agama dan pengamal profesional dari Pusat Promosi Kesihatan (HPC) dan Clarity Brunei untuk memberikan pandangan kepada pekerja tentang kepentingan kesihatan mental, jenis isu kesihatan mental yang biasa di tempat kerja, dan cara bagi mendapatkan bantuan serta sokongan untuk mengendalikan sifat buruk individu atau tekanan yang boleh membawa kepada kesihatan mental yang lemah.

    Selain itu, Hari Keselamatan UNN ke-3 juga telah dianjurkan bulan lepas merangkumi pelbagai aktiviti yang dikendalikan oleh HPC, SHENA, Megamas dan KMST Sdn Bhd.

    Secara keseluruhan, inisiatif tersebut mempunyai satu matlamat asas, iaitu untuk membina rangkaian sokongan dalam syarikat bagi kesejahteraan pekerja. UNN terus menyokong sepenuhnya penerapan budaya kerja yang positif di mana pekerja akan merasakan mereka mempunyai tempat yang selamat untuk bekerja dan bebas daripada stigma sosial yang berkaitan dengan kesihatan mental dan kesan seharian akibat tekanan kerja.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Seorang maut, bumbung runtuh di lapangan terbang Delhi

    NEW DELHI, 28 JUN - Sekurang-kurangnya seorang maut dan beberapa lagi cedera apabila sebahagian bumbung runtuh di lapangan terbang New Delhi pada hari ini,...

    Xi bertemu PM Vietnam