Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 NOV – Semua warga dan penduduk di negara ini diingatkan untuk terus teranah di rumah dan hanya keluar bila ada keperluan sahaja.
Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menekankan perkara tersebut semasa menjawab soalan mengenai jumlah kes jangkitan yang ramai dikesan di rumah-rumah kediaman dalam kes kelmarin.
Apa yang penting, jelas Yang Berhormat Dato, kes positif di rumah pekerja makin berkurangan manakala kes positif banyak dikesan di rumah-rumah persendirian dan mungkin ia disebabkan ada sebahagian penduduk yang masih tidak mematuhi arahan untuk berada di rumah.
“Walaupun hari ini masih ada kes positif kluster rumah pekerja tapi jumlah tersebut tidak banyak berbanding jumlah kes rumah kediaman yang lebih banyak pada masa ini dan ia menunjukkan masih ramai yang keluar berjalan-jalan,” tambahnya.