Wednesday, July 16, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terus waspada meski kes ILI menurun

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Trend kes influenza dan jangkitan serupa influenza (ILI) pada minggu lalu mencatatkan penurunan.

    Walau bagaimanapun, kadar jangkitan tersebut masih berada di atas paras normal.

    Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar pada sidang yang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Dato turut mengambil kesempatan mengingatkan orang ramai untuk terus berwaspada dan mengambil langkah-langkah pencegahan seperti mengasingkan diri jika mengalami tanda-tanda jangkitan dan mengelakkan dari tempat-tempat yang penuh sesak.

    “Segera berjumpa doktor jika tanda-tanda jangkitan berterusan atau semakin teruk.

    Dapatkan suntikan influenza, khususnya bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai masalah-masalah kesihatan,” saran beliau.

    Rajah menunjukkan trend jangkitan ILI dari minggu 1 hingga minggu 45.- Gambar serahan Kementerian Kesihatan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda