Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teruskan pematuhan

    Pada Isnin lalu, negara kita telah menjalankan perintah Operasi Pulih yang merangkumi kawalan pergerakan ketat dari pukul 8 malam hingga 4 pagi.

    Alhamdulillah, pada hari pertama melihat perkongsian media-media tempatan dan orang ramai di akhbar-akhbar dan media sosial menunjukkan rakyat dan penduduk di negara ini patuh dengan arahan kerajaan bagi membendung penularan wabak ini.

    Kelihatan gambar beberapa jalan lengang dan gedung-gedung membeli belah ditutup lebih awal membuktikan solidariti penduduk di negara ini menyahut seruan kerajaan dengan jayanya dan diharapkan ia berterusan meskipun terdapat sejumlah orang yang dikompaun pada hari pertama.

    Bagi sama-sama menjayakan seruan kerajaan ini juga, orang awam dikehendaki melaporkan sebarang insiden yang mencurigakan atau didapati melanggar sebarang peraturan atau prosedur operasi standard.

    Semoga orang ramai tetap akur dan patuh mengikuti arahan kerajaan ini selama 14 hari bagi sama-sama mengawal penularan wabak dan memulihkan kehidupan seharian agar kembali normal.

    Syabas

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda