Thursday, May 15, 2025
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teruskan sejarah Gemilang institusi Islam

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Para cendekiawan disarankan untuk mencari cara mengatasi cabaran semasa dalam landskap keilmuan yang semakin kritikal dan meruncing khususnya pada abad ke-21 selaras dengan sejarah kegemilangan institusi Islam sebelumnya.

    Selain itu, cendekiawan dalam dunia akademik pengajian Islam Asia juga diharap untuk berusaha memartabatkan lagi lulusan institusi pengajian tinggi Islam khususnya dalam menyantuni cabaran kebolehpasaran profesi lulusan institusi pengajian tinggi Islam.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyarankan perkara itu semasa berkenan mengurniakan titah pada majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Universiti-universiti Islam di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Brunei, hari ini.

    Terdahulu, Baginda Sultan berharap persidangan bertemakan ‘Landskap Pendidikan Pengajian Tinggi di Abad ke-21: Strategi dan Hala Tuju’ akan dapat memberi sumbangan signifikan kepada pengembangan ekosistem pendidikan institusi pengajian tinggi Islam global.

    Institusi pengajian tinggi Islam, titah Baginda, sudah lama wujud dan telah dibangunkan lebih 1,000 tahun lalu, penubuhannya lebih awal dari universiti terkenal di Barat, Universiti al-Qarawiyyin di Maghribi dan Universiti al-Azhar di Mesir.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menyaksikan pameran Persidangan Antarabangsa Universiti-universiti Islam di The Empire Brunei. Berangkat sama ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah. – Gambar oleh Muiz Matdani
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Wad-daulah semasa berkenan mengurniakan titah pada majlis yang diadakan di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Brunei, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Kedua-dua pusat pendidikan tinggi Islam terkemuka ini telah menjadi lubuk ilmu seawal kurun ke-9 dan 10 lagi dan telah melahirkan ramai ilmuwan, tokoh dan sarjana Islam yang hebat merentasi pelbagai ilmu.

    “Ini termasuk tokoh-tokoh dalam bidang kedoktoran, matematik, kejuru-teraan, teknologi dan seumpamanya di mana mereka adalah cendekiawan Islam disegani, yang lahir dari pusat pendidikan Islam yang ditunjangi oleh pengajian Al-Quran dan as-sunnah,” titah Baginda.

    Mereka juga lazimnya merupakan huffaz Al-Quran sebelum meneroka bidang lain dan menjadi pakar di dalamnya dan sumbangan mereka kepada peradaban dan tamadun dunia tidak boleh dipertikaikan lagi.

    Sistem dan strategi yang diamalkan oleh universiti Islam masih kekal relevan hingga hari ini dan buktinya, lulusan universiti tersebut ramai yang menjadi tokoh pemikir dunia yang menjadi rujukan masyarakat global.

    “Ini disebabkan pusat-pusat pengajian Islam juga tidak mengetepikan keperluan dan kemodenan semasa,” tekan Baginda.

    Baginda turut melihat UNISSA boleh mengatur langkah mempersiapkan sistem pembelajaran dan pengajaran yang seiring dengan tujuan murni penubuhan UNISSA iaitu melahirkan ulama dan cendekiawan berwibawa.

    Ini bermakna program atau kursus yang ditawarkan tidak hanya memfokuskan kepada ilmu asas fardu ain semata-mata, malah juga menjadi tuntutan zaman iaitu turut memenuhi keperluan fardu kifayah.

    Baginda seterusnya menegaskan, adalah sangat wajar jika pengembangan kurikulum serta penawaran program dapat dilebarkan kepada bidang seperti pertanian, sains dan teknologi selaku nadi kehidupan dalam abad ke-21.

    “Pada hemat Beta, pendidikan Islam juga adalah berkenaan, sebagai sifatnya agama yang syumul, meliputi semua bidang.”

    Oleh itu, Baginda berharap perpaduan yang diserlahkan dalam persidangan itu akan terus dipelihara untuk memacu kecemerlangan pusat pendidikan tinggi Islam di rantau Asia khasnya dan di arena antarabangsa amnya.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/