KUALA LUMPUR, 23 JULAI – Pembukaan stesen pengecas pertama Tesla Inc di Malaysia akan menjadikan ekosistem automotif tempatan lebih berdaya saing dan membantu memberi isyarat kepada pasaran global bahawa negara ini serius untuk membangunkan industri kenderaan elektrik (EV), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Tengku Zafrul berkata memandangkan industri EV agak baharu di Malaysia, ramai pelabur
tempatan dan asing masih menunggu kepastian dalam pasaran sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.
Beliau percaya bahawa pembukaan stesen pengecas Tesla akan membantu menyemai keyakinan dalam kalangan pelabur EV yang bukan sahaja berminat untuk melabur dalam kemudahan pengecasan tetapi juga mengambil bahagian dalam keseluruhan rantaian bekalan.
“Kita meliberalisasikan industri dan kita perlu mendorong. Kitai mahu memastikan peraturan itu jelas.
“Mereka juga ingin tahu berapa pantas kereta itu masuk. Justeru, bagi orang yang melabur dalam stesen pengecasan, mereka mahu melihat kita juga memulakannya. Tesla menunjukkan contoh yang baik de-ngan memasang stesen pengecas terlebih dahulu,” katanya kepada Bernama.
Pada Rabu, 19 Julai lepas, Tengku Zafrul melancarkan stesen ‘supercharging’ Tesla di Pavilion di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, stesen pengecas EV pertama pembuat kereta terkemuka itu di negara ini yang merancang untuk membina sekurang-kurangnya 50 stesen pengecasan di seluruh negara. – Bernama
