Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tesla bina loji tenaga berskala grid pertama di China

    NEW YORK, 22 JUN – Tesla pada Jumaat mengumumkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian untuk membina projek loji tenaga simpanan tenaga berskala grid yang pertama di tanah besar China.

    Menurut Tesla dalam satu hantaran di platform media sosial China, Weibo, projek tersebut akan membantu pelarasan sumber grid secara fleksibel dan ‘secara berkesan menyelesaikan tekanan berkaitan bekalan elektrik bandar’.

    “Selepas siap dibina, projek ini dijangka menjadi projek simpanan tenaga berskala grid terbesar di China,” tambah Tesla.

    Sistem simpanan tenaga sebegini berperanan meningkatkan kestabilan grid elektrik pada masa bekalan tenaga solar dan angin semakin meluas.

    Media China, Yicai, melaporkan bahawa Tesla Shanghai, pihak berkuasa Shanghai dan China Kangfu International Leasing Co telah mengadakan majlis menandatangani perjanjian projek itu pada Jumaat.

    Laporan itu turut menyebut bahawa perjanjian tersebut melibatkan pelaburan sebanyak 4 bilion yuan.

    Kontrak tersebut dimeterai ketika ketegangan masih wujud antara Washington dan Beijing, dengan kedua-dua pihak masih belum mencapai perjanjian perdagangan jangka panjang susulan pengumuman tarif oleh Presiden Donald Trump.

    China dan Amerika Syarikat sebelum ini merundingkan satu perjanjian ‘kerangka’ di London awal bulan ini selepas dua hari rundingan intensif. – AFP

    Logo Tesla di loji simpanan elektrik terbesar di benua Eropah, pada 1 Disember 2022, di Les Deux-Acren. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda