Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tesla diarah bayar AS$1.5 juta selesai kes sivil

    STOCKTON, CALIFORNIA, 4 FEB – Hakim California pada Jumaat mengarahkan Tesla Inc. membayar AS$1.5 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian kes sivil yang mendakwa syarikat itu salah mengendalikan sisa buangan berbahaya di pusat servis keretanya, pusat tenaga dan sebuah kilang, umum peguam beberapa daerah.

    Aduan yang difailkan di San Joaquin County mendakwa pembuangan sisa berbahaya secara haram dan melanggar undang-undang yang melibatkan penyimpanan dan pengurusan sisa, menurut kenyataan daripada beberapa daripada 25 pejabat peguam daerah di California yang terlibat dalam kes itu.

    Tesla tidak segera membalas e-mel Associated Press yang meminta komen.

    Kenyataan peguam daerah berkata Tesla bekerjasama dengan penyiasatan dan bertindak untuk meningkatkan pematuhan undang-undang yang telah dibawa kepada perhatiannya oleh pihak pendakwa.

    “Kenderaan elektrik memainkan peranan dalam penambahbaikan alam sekitar, namun adalah penting untuk mengiktiraf bahawa pengeluaran dan penyelenggaraan kilang mereka menghasilkan sisa yang memudaratkan kepada alam sekitar,” kata Peguam Daerah San Joaquin, Ron Freitas.

    Tesla memiliki dan mengendalikan kira-kira 57 pusat servis kereta dan 18 kemudahan tenaga solar di California, dan mengeluarkan kenderaan elektrik di bandar Fremont, kawasan San Francisco Bay.

    enyelesaian itu termasuk AS$1.3 juta dalam penalti sivil, AS$200,000 untuk menampung kos penyiasatan, latihan pekerja dan audit sisa pihak ketiga. – AP

    Logo stesen Supercharger Tesla kelihatan di Buford. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...