LOS ANGELES, 29 April – Pengeluar kereta elektrik utama, Tesla telah kehilangan ketua Autopilot ketiga, Jim Keller dalam tempoh kurang dua tahun sekali gus menyebabkan krisis projek pandu sendiri syarikat itu semakin memburuk.
“Selepas menyertai Tesla, semangat Jim adalah kejuruteraan mikropemproses dan dia kini menyertai syarikat itu di mana dia sekali lagi boleh menumpukan secara eksklusif,” menurut kenyataan Tesla minggu ini.
Tesla kehilangan banyak bakat daripada bahagian Autopilot.
Mantan ketua jabatan Autopilot Tesla, Sterling Anderson telah mengundur diri pada akhir 2016.
Penggantinya Chris Lattner yang sebelum ini mencipta program bahasa Swift di Syarikat Apple, hanya berkhidmat selama enam bulan sebelum meletak jawatan pada Jun lepas.

Keller merupakan antara individu yang baru-baru ini bertanggungjawab ke atas program Autopilot selepas Lattner pergi, namun meninggalkan Tesla juga. Tesla telah mengesahkan bahawa Pete Bannon, bekas rakan sekerja Keller di Apple yang merupakan antara arkitek cip yang diambil oleh Tesla selepas Keller, telah mengambil alih kumpulan perkakasan Autopilot.
Pengeluar cip semi konduktor, Intel Corporation telah mengumumkan melantik Keller sebagai naib presiden tertinggi. Keller akan mengendalikan kejuruteraan silikon syarikat itu yang merangkumi pembangunan sistem dalam cip dan kesepaduan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Intel.
Syarikat Auto dan pengaturnya sedang menunggu teknologi bantuan pemanduan yang mampu membantu mengurangkan kemalangan yang telah menyebabkan puluhan ribu kecederaan dan kematian di Amerika Syarikat setiap tahun. Namun, Autopilot Tesla masih lagi bergelut. – Xinhua