Wednesday, May 1, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Tesla labur AS$3.6 bilion untuk kilang trak Nevada

    SPARKS, NEVADA, 26 JAN – Tesla mengumumkan ia bercadang untuk melabur sebanyak AS$3.6 bilion untuk memperluaskan keupayaan kilang pembuatannya di Nevada dan yakin bahawa keuntungan berkaitan perisian, yang dicatatkan dalam pendapatan bersih rekod yang dilaporkan semalam untuk suku keempat tahun lepas, akan mengekalkan marjin yang lebih tinggi daripada mana-mana pengeluar automotif lain.

    Syarikat itu mengesahkan ia akan menghasilkan jumlah tinggi trak semi dan membuat sel bateri untuk 2 juta kenderaan ringan setahun di Nevada.

    Gabenor Nevada, Joe Lombardo, memuat naik gambar dirinya bersama Ketua Eksekutif Tesla, Elon Musk, pada Selasa lepas selepas pemilihan baru Parti Republik itu mengumumkan dalam ucapannya mengenai keadaan negeri itu pada malam Isnin lalu bahawa Tesla telah bersetuju untuk membina fasiliti pembuatan trak elektrik di utara Nevada.

    Projek itu sebenarnya akan memperluaskan operasi sedia ada di Pusat Industri Truckee Reno, kira-kira 32 kilometer ke timur Reno-Sparks di Lebuhraya Interstate 80. Tetapi rancangan itu membawa syarikat itu satu langkah lebih dekat untuk mencapai rancangan yang telah diumumkan sebelum ini untuk menaik taraf pengeluaran Tesla Semi bagi menghasilkan 50,000 trak di Amerika Utara pada tahun 2024.

    Ketua Infrastruktur Presiden Joe Biden, Mitch Landrieu berkata pada Selasa bahawa pelaburan tambahan Tesla di Nevada adalah bukti kepada peningkatan hasil yang berterusan sejak Biden mengambil alih jabatan dua tahun lalu.

    Beliau berkata pengembangan itu akan menghasilkan 3,000 jawatan di Nevada sambil mempromosikan tenaga bersih dan mengukuhkan keselamatan AS. – AP

    Stesen Supercharger Tesla di Buford, Georgia. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...