Wednesday, February 19, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tesla mula ambil pekerja selepas pertemuan Musk, Modi

    MUMBAI, 18 FEB – Pembuat kenderaan elektrik Tesla telah mula mengambil pekerja di India, dengan syarikat taikun Elon Musk mengeluarkan iklan beberapa hari selepas perjumpaannya dengan perdana menteri India.

    Tesla mempunyai lebih daripada sedozen penyenaraian pekerjaan di laman webnya, untuk kedua-dua ibu kota New Delhi dan hab ekonomi Mumbai, termasuk untuk pengurus kedai dan juruteknik perkhidmatan.

    Penyenaraian pekerjaan telah turut disiarkan di laman web pekerjaan LinkedIn pada hari Isnin.

    Dorongan Tesla India datang selepas Musk bertemu Perdana Menteri Narenda Modi di Washington, menimbulkan persoalan sama ada lelaki terkaya di dunia itu bertemu pemimpin India itu dalam kapasiti rasmi atau pun perniagaan.

    Musk sebenarnya telah mencari peluang perniagaan di negara paling ramai penduduk di dunia berkenaan, dengan beberapa laporan media tahun lepas mencadangkan ia sedang meninjau lokasi kilang dan bilik pameran.

    Musk juga telah berusaha untuk membuka perkhidmatan Internet satelitnya, Starlink di India, dengan menteri komunikasi Jyotiraditya Scindia pada November mengatakan syarikat itu akan dibenarkan beroperasi jika ia mematuhi peraturan ‘keselamatan’.

    Musk pernah berhasrat melawat India pada 2024, berikutan cadangan bahawa dia akan mengumumkan beberapa rancangan pelaburan wang besar tetapi kemudiannya hasratnya batal atas sebab beberapa, “kewajipan Tesla yang sangat berat” perlu dia selesaikan.

    Walaupun pasaran kereta elektrik India adalah kecil, ia masih sebagai peluang bagi Tesla yang sedang berperang dengan pesaing dari China selain mengalami kemerosotan pertama dalam jualan EV tahunan.

    India telah lama mempunyai cukai import yang tinggi untuk kenderaan elektrik  yang dikatakan Musk sebagai antara yang ‘tertinggi di dunia’.

    Tetapi India tahun lepas memotong cukai import ke atas kenderaan elektrik untuk pembuat kereta global yang komited untuk melabur AS$500 juta dan memulakan pengeluaran secara tempatan dalam tempoh tiga tahun.

    Selain itu, New Delhi juga telah menawarkan konsesi tarif dengan pantas sebelum lawatan Modi ke Washington, termasuk mengurangkan cukai ke atas motosikal mewah Harley-Davidson. – AFP

    Reaksi Elon Musk semasa pertemuan Donald Trump dengan Narendra Modi do Pejabat Oval, Rumah Putih pada 13 Februari. Tesla mula ambil pekerja di India. – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda