Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    TESLA tarik balik 675,000 kereta di AS, China

    PARIS, 2 JAN– Tesla telah menarik balik semula 675,000 kereta di Amerika Syarikat (AS) dan China berhubung dengan isu bagasi dan hud hadapan dua model yang menimbulkan persoalan baharu tentang keselamatan kenderaan elektrik popular tersebut.

    Pengawal atur China mengumumkan penarikan balik hampir 200,000 kereta pada Jumaat lalu, beberapa jam selepas kira-kira 475,000 kenderaan Tesla ditarik balik di AS.

    Masalah dengan bagasi dan hud tersebut telah meningkatkan risiko kemalangan, menurut pengawal selia AS dan China. Pihak berkuasa berkata, pembukaan dan penutupan berulang pada bagasi Model 3 boleh merosakkan kabel untuk kamera pandang belakang.

    Isu dengan pemasangan selak untuk hud hadapan Model S boleh menyebabkan ia terbuka tanpa amaran dan menghalang penglihatan pemandu, menurut Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh raya Kebangsaan AS (NHTSA).

    Tesla menganggarkan bahawa masalah itu menjejaskan satu peratus kenderaan Model 3 dan 14 peratus daripada Model S yang ditarik balik di AS, tanpa menyebabkan sebarang kemalangan setakat ini.

    Penarikan balik secara besar-besaran tidak jarang berlaku dalam industri automotif.

    Volkswagen terpaksa menarik balik 8.5 juta kereta daripada edaran pada 2015 kerana skandal Dieselgate, di mana syarikat Jerman itu mengaku telah mengganggu berjuta-juta kenderaan diesel untuk menipu ujian pelepasan.

    Sekurang-kurangnya 100 juta kenderaan telah ditarik balik oleh syarikat kereta di seluruh dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana kecacatan pada beg udara yang dibuat oleh kumpulan Jepun yang muflis, Takata. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...