Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tesla tawar versi lebih murah dua model EV

    NEW YORK, 8 OKT – Tesla memperkenalkan versi lebih murah bagi dua model kenderaan elektrik (EV) keluarannya kelmarin dalam usaha memulihkan semula bahagian pasaran selepas berdepan tahun yang mencabar, namun langkah itu gagal menarik minat pelabur apabila harga saham syarikat tersebut terus menjunam.

    Model Y baharu yang dijual pada harga bawah AS$40,000 dengan reka bentuk dalaman ringkas, dilancarkan ketika Tesla berusaha menarik pelanggan baharu meskipun berdepan barisan model yang semakin lama, saingan sengit daripada pengeluar asing serta kempen boikot terhadap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk.

    Reaksi pasaran saham selepas berita itu tersebar menunjukkan model baharu itu tidak banyak membantu. “Pelabur sebenarnya mengharapkan sesuatu yang benar-benar baharu, bukan sekadar versi lama dengan sedikit perubahan,” kata penganalisis Edmunds, Ivan Drury, selepas saham Tesla merosot pada minit terakhir dagangan. “Saya tidak nampak langkah ini akan mengembalikannya ke paras jualan yang disasarkan mereka.”

    Tesla turut mengumumkan versi lebih murah bagi Model 3 yang dijual pada harga bawah AS$37,000, manakala bagi penduduk New York yang memanfaatkan rebat negeri, harga tersebut turun di bawah AS$35,000. – AP

    Kenderaan elektrik Model Y Tesla dipamerkan semasa perasmian bilik pameran Tesla pertama di India, di Mumbai pada 15 Julai lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda