Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tesla terima tempahan Model YL baharu di China

    BEIJING, 20 OGOS – Pengeluar kereta elektrik, Tesla mula menerima tempahan untuk Model YL baharunya di China kelmarin, dengan harga bermula sekitar AS$47,000, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Penghantaran model baharu ini, versi enam tempat duduk yang diperluaskan daripada SUV terlarisnya, dijadualkan bermula pada September dalam usaha menarik pembeli yang berorientasikan keluarga dalam pasaran yang sangat kompetitif.

    Walaupun saiznya lebih besar, kenderaan ini mengekalkan anggaran jarak perjalanan 751 kilometer di bawah piawaian ujian rasmi China, disokong oleh bateri yang lebih besar.

    Dengan harga kira-kira AS$3,600 lebih mahal daripada versi Long Range All−Wheel Drive (AWD), Model YL kekal lebih murah berbanding Tesla Model X tetapi menghadapi tekanan daripada pesaing.

    Pengeluar kenderaan elektrik (EV) domestik seperti Onvo, menawarkan SUV enam tempat duduk dengan harga hampir AS$8,000 lebih rendah, meningkatkan persaingan harga di China.

    Tesla belum mengesahkan rancangan untuk membawa Model YL ke Amerika Syarikat, namun penganalisis mencadangkan bahawa harga sekitar AS$51,000 boleh menjadikannya pilihan keluarga yang menarik dan berpotensi mengurangkan permintaan untuk Model X. – Bernama

    Tesla mula membuka pasaran Model YL baharu di China dengan nilai sekitar AS$47,000. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda