WASHINGTON, 27 Dis – Syarikat pembuatan kereta dan penyimpanan tenaga dari Amerika Syarikat, Tesla, akan membina sebuah trak pikap elektrik sepenuhnya selepas mereka selesai membina Model Y SUV, yang dijangka akan dikeluarkan pada pertengahan 2019, kata Pegawai Eksekutif Tertinggi Tesla, Elon Musk pada Selasa.
“Saya berjanji yang kami akan membuat trak pikap selepas Model Y. Saya memiliki elemen teras seperti reka bentuk/kejuruteraan pada fikiran saya selama hampir lima tahun. Saya teringin sangat untuk membinanya,” kata Musk pada akaun peribadinya di Twitter.
Model Y yang akan dibina diatas platform yang sama dengan sedan Model 3 itu, dijangka akan dikeluarkan pada pertengahan tahun 2019.
Idea membina trak pikap elektrik pertama kali diumumkan pada Julai lepas. Perkara ini akan menjadikan Tesla sebagai sebuah syarikat pembuat trak pikap yang pertama, membuatnya lebih bersaing dengan jenama enjin pembakaran dalaman seperti BMW dan Toyota. – Xinhua