Tuesday, April 22, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tetap mempertahankan pengeluaran produk

    Pengacara dan usahawan popular, Neelofa mengaku perlu memperkemaskan aspek pembungkusan susu pisang keluarannya, Nilofa, selepas produk itu diperiksa Kementerian Kesihatan.

    Neelofa atau nama penuh, Noor Neelofa Mohd Noor, berkata pihaknya mengemukakan dokumen diperlukan bagi memastikan Nilofa dipromosikan sebagai produk susu berperisa pisang, selepas ini.

    “Kementerian sudah memeriksa kilang dan gudang. Selepas membuat penelitian, alhamdulillah, kami perlu menambah baik pembungkusan produk menjadi susu berperisa pisang. Kami sudah menghantar apa yang diperlukan untuk perkara ini diperbetulkan bagi pengeluaran akan datang,” katanya melalui video yang dimuat naik di Instagram, hari ini.

    Baru-baru ini, Neelofa melancarkan produk susu pisang jenama Nilofa mencetuskan kontroversi apabila didakwa khasiat produk itu dipromosikan keterlaluan meskipun mempunyai kandungan kadar gula yang tinggi. Neelofa berkata, tiada tindakan diambil kementerian terhadap isu ‘over claim’ atau dakwaan keterlaluan membabitkan kelebihan Nilofa.

    “Ini kerana pada pembungkusan, tidak ada elemen yang menyatakan produk ini adalah untuk mengatasi obesiti atau boleh merawat itu dan ini,” katanya.

    Neelofa berkata, siasatan mendapati maklumat dalam risalah produk Nilofa yang diedarkan pada sidang media, baru-baru ini, tidak dirujuk sebuah agensi yang dilantik syarikat, kepada kilang dan ibu pejabat.

    Neelofa berkata, pihaknya sudah berbincang dengan agensi terbabit untuk mengambil beberapa langkah sebelum memuat naik perkongsian, entri atau kenyataan selepas mendapat kelulusan syarikat.

    Mengenai kandungan gula dalam Nilofa, Neelofa berkata, pengguna boleh membuat perbandingan dengan produk susu pisang lain. – Agensi

    Baru-baru ini, Neelofa melancarkan susu pisang jenama Nilofa yang mencetuskan kontroversi. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda