Thursday, October 10, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tevez intai ke Piala Dunia 2018

    AIRES, 10 Jan – Carlos Tevez berharap dapat mengundur waktu dan menggunakan peluangnya beraksi di kelab gergasi Argentina, Boca Junior sebagai batu loncatan untuk kembali bermain di dalam pasukan antarabangsa Argentina di kejohanan Piala Dunia tahun ini di Rusia.

    “Saya mempunyai beberapa tahun (untuk bermain) bola sepak yang tersisa, berada di Piala Dunia bagi pemain seusia saya adalah menjadi sesuatu yang sangat baik,” kata Tevez.

    Bekas penyerang Manchester United dan Juventus – akan mencecah umur 34 tahun pada bulan depan – kali terakhir bermain untuk pasukan kebangsaan Argentina pada Oktober 2015.

    Tetapi Tevez akan gembira dapat beraksi semula selepas menghabiskan masa 12 bulan tidak menentu dengan kelab China, Shanghai Shenhua.

    Tevez bergambar dengan jersi baru nombor 32 untuk kelab Boca Junior semasa perasmiannya di Los Cardales, Buenos Aires pada Selasa. – AFP

    “Saya ingin menikmati dua tahun akan datang dengan Boca kerana ini adalah perkara terakhir yang saya telah tinggalkan,” katanya ketika diperkenalkan oleh kelab itu selepas perpindahannya minggu lalu.

    “Saya baik. Ia lebih mudah jika saya gembira dan saya gembira,” kata Tevez di tempat latihan kelab remajanya di luar Buenos Aires.

    “Kami telah bekerjasama dengan kelab Shanghai Shenhua, Boca tidak perlu meletakkan apa-apa,” jelasnya lagi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda