LONDON, 26 OKT – Enzo Maresca mengecam kegagalan Chelsea sebab kurang konsisten selepas tewas mengejut 2-1 di Stamford Bridge kelmarin.
Skuad Maresca digegarkan oleh pemain gantian Sunderland, Chemsdine Talbi, yang golnya pada masa kecederaan memusnahkan rentetan kemenangan keempat The Blues dalam semua pertandingan.
Perlawanan kali ini sangat berbeza dengan perlawanan terakhir Chelsea di tempat sendiri apabila Estevao Willian menjaringkan gol pada minit akhir untuk menewaskan Liverpool.
Maresca, mengakui dia hairan mengapa pasukannya boleh menewaskan Liverpool dan tewas kepada pasukan yang baharu naik pangkat, Sunderland.
“Kami tidak cukup bagus dan dalam Liga Perdana, akibatnya boleh jadi buruk,” katanya. “Apabila awda tidak dapat menang, adalah penting untuk awda tidak kalah.
“Jika awda mahu menang, awda perlu konsistensi. Menang empat kali berturut-turut dan kemudian keputusan hari ini, ia menunjukkan (tidak konsisten).”
Jika Chelsea menyimpan cita-cita untuk memperbaiki kedudukan tempat keempat musim lalu dan terus bersaing memasuki, Maresca tahu mereka boleh terlepas perlawanan yang boleh dimenangi.
Chelsesa mendahului pada minit keempat apabila Alejandro Garnacho menerima hantaran Pedro Neto, mengatasi Nordi Mukiele dan merembat di antara kaki Robin Roefs.
Mukiele menebus kesalahan dengan lontaran jauh yang menyebabkan huru-hara di kawasan Chelsea, yang mana Wilson Isidor menghasilkan gol penyamaan Sunderland.
Chelsea menghabiskan sebahagian besar perlawanan membawa bola dari kiri ke kanan dan ke belakang menjadi persembahan yang menambah kritikan bahawa gaya Maresca terlalu mudah diramal dan mudah untuk pasukan lawan bertahan.
“Kami tidak banyak mencipta peluang,” katanya. “Kami perlu pemain beraksi seratus peratus. Walaupun pada kedudukan 1-0, kami tewas dua gol, kami kehilangan bola kedua. Menentang pasukan ini, awda perlu memenanginya.”
Sementara pengurus Sunderland, Regis Le Bris, kini telah memimpin pasukannya ke permulaan terbaik yang dibuat oleh pasukan yang dinaikkan pangkat selama 17 tahun.
Kemenangan kelima The Black Cats dalam sembilan perlawanan telah mengangkat mereka ke tempat kedua Liga Perdana menjelang baki perlawanan hujung minggu ini. – AFP


