Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Tewaskan Madrid mungkin jadi titik perubahan Barca

    MADRID, 12 JAN – Jurulatih Xavi Hernandez berkata kelmarin bahawa perlawanan separuh akhir Clasico dalam Piala Super Sepanyol minggu ini boleh menjadi titik perubahan bagi Barcelona ketika mereka cuba untuk mengukuhkan kedudukan mereka di kalangan elit Europa.

    Barca telah ketinggalan 17 mata di belakang Real Madrid dalam La Liga dan ditewaskan semasa perlawanan Liga Juara-Juara dalam peringkat kumpulan minggu ini, dengan hutang yang melebihi bilion euro menyebabkan kemerosotan dramatik dalam kelab tersebut.

    Madrid akan menjadi pasukan pilihan tetapi pemain muda Barcelona telah menunjukkan tanda-tanda kemajuan di bawah kendalian Xavi dan kemenangan mengejutkan hari ini akan memberikan misi pemulihan mereka satu peningkatan besar.

    “Ia mungkin menjadi titik perubahan,” kata Xavi dalam satu sidang media di Riyadh, Arab Saudi, di mana perlawanan minggu ini akan berlangsung.

    “Memenangi perlawanan Clasico akan membawa kami ke pusingan akhir dan memberi kredibiliti pada projek ini. Kami mengalihkan tumpuan liga bagi memberikan fokus terhadap kejohanan hebat. Ia adalah satu trofi.”

    Perlawanan separuh akhir Clasico dalam Piala Super Sepanyol boleh menjadi titik perubahan bagi Barcelona ketika mereka cuba untuk mengukuhkan kedudukan mereka di kalangan elit Europa. – AFP

    Madrid berjaya mengalahkan Barcelona 2-1 di Camp Nou pada Oktober dan mereka dalam keadaan yang baik, hanya mencatat satu kekalahan dalam 18 perlawanan terakhir mereka.

    Xavi ditanya sama ada itu adalah masa yang teruk untuk bermain sebagai pendahulu La Liga.

    “Tidak, perlawanan hadir apabila ia tiba. Kami perlukan masa, itu jelas sekali, tetapi kami tidak boleh memberikan alasan. Barca sentiasa perlu bersaing. Esok adalah ujian,” ujar Xavi.

    Barcelona belum ditewaskan dalam enam perlawanan dan telah mendahului carta liga, kini hanya satu mata di luar kelompok empat teratas. Mereka juga mempunyai kumpulan remaja yang menarik, dengan pemain seperti Gavi, Nico Gonzalez, Ferran Jutgla dan Alex Balde, semuanya mengambil peluang untuk menarik perhatian musim ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...