Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    TFC perlu cari bekalan selesa – Badrul Afzan

    KUALA NERUS, 17 OKT – Pasukan Terengganu FC (TFC) perlu mencari bekalan selesa apabila berhadapan Kuching City FC pada aksi pertama suku akhir Piala FA di laman mereka sendiri, pada malam esok.

    Ketua jurulatih, Badrul Afzan Razali berkata, skuad Penyu perlu mencipta kemenangan dan mencari seberapa banyak jaringan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) sebagai kelebihan untuk mara ke peringkat separuh akhir.

    Beliau mahu anak buahnya lebih fokus serta mengelak melakukan kesilapan mudah yang boleh menyebabkan pasukan dihukum dengan jaringan pihak lawan.

    “Manfaatkan aksi pertama di laman sendiri dan di hadapan penyokong untuk mencipta seberapa banyak gol bagi bekalan ke aksi timbal balik di Sarawak nanti.

    “Alhamdulillah, semua pemain bebas daripada kecederaan kecuali Akhyar (Muhammad Akhyar Rashid) yang masih dalam proses pemulihan akibat masalah buku lali,” katanya kepada pemberita, hari ini.

    Sementara itu, pemain sayap, Muhammad Baqiuddin Shamsudin telah meminta rakan sepasukannya berwaspada dengan barisan serangan skuad The Cats yang mampu menggegar kubu pertahanan Sang Penyu.

    Pasukan bimbingan Aidil Sharin Shahak itu antara pasukan digeruni pada musim ini kerana dibarisi pemain tempatan dan import berpengalaman, selain aksi yang konsisten pada setiap perlawanan. – Bernama

    Badrul Afzan Razali berucap semasa sidang media selepas perlawanan Piala FA menentang Sabah FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak pada 28 Jun. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda