Tuesday, April 8, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand akan adakan rundingan perdagangan dengan AS

    BANGKOK, 6 APRIL – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Thailand Pichai Chunhavajira dijadual mengadakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat (AS) minggu depan bagi mengadakan perbincangan dengan wakil sektor awam dan swasta, serta pihak berkepentingan lain susulan pelaksanaan tarif sebanyak 36 peratus ke atas eksport Thailand ke AS.

    Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra berkata lawatan itu bertujuan melibatkan semua pihak yang terkesan dengan keputusan tarif timbal balik pentadbiran Presiden Donald Trump, yang mengenakan minimum 10 peratus tarif ke atas import dari semua negara.

    “Apa yang ingin kami sampaikan kepada kerajaan AS ialah Thailand bukan sekadar pengeksport – kami adalah rakan ekonomi yang dipercayai serta sekutu jangka panjang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Paetongtarn berkata bahawa Thailand turut merancang untuk mengadakan rundingan bagi menggalakkan pelaburan Thailand di AS, selain berusaha mengurangkan halangan import.

    “Kami juga akan menangani isu penyalahgunaan Thailand sebagai negara transit untuk barangan yang didakwa berasal dari Thailand bagi tujuan eksport ke AS.

    “Saya yakin cadangan-cadangan ini akan membawa kepada rundingan yang berjaya, sekali gus memastikan Thailand dan AS kekal sebagai sekutu dan rakan perdagangan yang mesra.

    “Kerajaan juga bersedia untuk terus mendengar dan mengadakan dialog bersama AS,” katanya. – Bernama

    Paetongtarn Shinawatra berkata lawatan itu bertujuan melibatkan semua pihak yang terkesan dengan keputusan tarif timbal balik pentadbiran Donald Trump. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda