Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand akan beri vaksin cacar monyet

    BANGKOK, 2 OGOS – Kementerian kesihatan Thailand kelmarin berkata bahawa ia telah merancang untuk memberikan vaksin cacar monyet kepada golongan berisiko tinggi.

    Kumpulan pertama sebanyak 1,000 dos vaksin dijangka tiba di Thailand pada separuh kedua bulan ini, menurut kementerian tersebut.

    Kumpulan pertama vaksin akan tersedia bagi 500 orang, tetapi pihak berkuasa belum memutuskan mengenai golongan mana yang akan diberi keutamaan, kata Opas Karnkawinpong, ketua pengarah Jabatan Kawalan Penyakit. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda