Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand bakal hadapi kekurangan air

    BANGKOK, 30 DIS – Thailand harus bersedia hadapi kekurangan bekalan air serius apabila musim panas bermula pada Mac selepas setahun dengan hujan yang luar biasa sedikit,

    kata salah seorang pegawai pengurusan air terkemuka di negara itu hari ini.

    Pengekalan air oleh empangan di kawasan hulu Sungai Mekong juga dilihat menyumbang kepada catatan paras air rendah di sungai, menjejaskan ekologi rantau ini.

    Somkiat Prajumwong, ketua pegawai eksekutif pejabat Sumber Air Negara Thailand berkata sungai itu akan mengalami paras air amat rendah, setelah mencatatkan rekod baharu tahun lalu.

    Agensinya memberi amaran kepada penduduk Mekong supaya berhati-hati dengan runtuhan tebing sungai dan bersedia dengan kekurangan air yang serius pada bulan Mac dan April, apabila suhu di Thailand biasanya mencapai kemuncak. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda