BANGKOK, 27 OGOS – Thailand bakal melonggarkan sekatan COVID-19 di Bangkok dan 28 wilayah berisiko tinggi bermula 1 September, dalam usaha untuk merancakkan kembali ekonomi. Pusat beli-belah, dine-in di restoran, salun dan kedai gunting rambut (hanya untuk potongan rambut), ruang urut (hanya untuk urut kaki), tempat sukan dan taman awam akan dibuka semula mulai Rabu depan.