Friday, February 21, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand bantah wanita Kemboja nyanyi lagu nasionalis di kuil sempadan

    BANGKOK, 18 FEB – Thailand secara rasmi membantah Kemboja selepas sekumpulan wanita Kemboja dirakam menyanyikan lagu nasionalis di sebuah kuil Khmer.

    Klip itu, yang dirakamkan di Prasat Ta Muen Thom di timur Thailand, menunjukkan sekumpulan wanita Kemboja berpakaian tradisional menyanyi.

    Tentera Thai yang mengawal kuil kemudian membawa wanita itu keluar dari kuil abad ke-11, yang terletak betul-betul di sempadan, ke sebelah Kemboja.

    Timbalan Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, berkata kelmarin beliau tidak selesa dengan kejadian itu dan telah menghantar surat bantahan.

    “Kami bimbang sejarah akan berulang,” katanya kepada pemberita.

    Ia jelas merujuk kepada pertempuran berdarah tentera yang berlaku kira-kira 15 tahun lalu antara Thailand dan Kemboja di atas kuil Preah Vihear, yang terletak kira-kira 150km timur di sempadan yang sama.

    Perselisihan mengenai sebidang tanah di sebelah Preah Vihear membawa kepada berlakunya beberapa tahun keganasan, mengakibatkan kira-kira 28 kematian sebelum Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan kawasan yang dipertikaikan itu adalah milik Kemboja.

    Pasukan petugas Thailand yang bertanggungjawab ke atas wilayah itu mengeluarkan surat membantah tindakan pelancong Kemboja tersebut. – AFP

    Gambar bertarikh 4 April 2009 menunjukkan kuil Preah Vihear di wilayah Preah Vihear, di utara Phnom Penh. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda