Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Thailand bergelut tangani tumpahan minyak

    BANGKOK, 27 JAN – Tentera laut Thailand dan pakar pencemaran bergelut hari ini untuk membersihkan tumpahan minyak dekat dengan pantai-pantai peranginannya yang putih bersih, selepas saluran paip bawah laut membocorkan sehingga 50 tan minyak mentah.

    Jabatan Kawalan Pencemaran negara itu memberi amaran tumpahan di Teluk Thailand, kira-kira 20km ke pesisir wilayah Rayong, boleh mengancam taman negara berhampiran di pulau Ko Samet.

    Arus tidak kuat memastikan minyak tidak menghampiri kawasan pantai dan tiada laporan mengenai impak ke atas kehidupan marin atau perladangan makanan laut, kata pegawai.

    Star Petroleum Refining Public Company Limited yang mengoperasi saluran paip, mengatakan volum tumpahan minyak adalah antara 20 sehingga 50 tan – kira-kira 22,000 sehingga 60,000 liter.

    Syarikat mengatakan penyelam menemui kerosakan pada hos mudah lentur yang membentuk sebahagian daripada peralatan bawah laut pada satu poin tambatan – boya terapung digunakan untuk memunggah minyak dari kapal minyak.

    Jabatan Kawalan Pencemaran dan pakar lain sedang menilai jenis agen penyebaran yang boleh digunakan membersihkan tumpahan, kata pegawai pada satu sidang media bersama dengan tentera laut dan agensi-agensi lain.

    Satu kebocoran paip minyak juga pernah berlaku di kawasan sama dalam 2013 yang membawa kepada pencemaran yang mencemari pantai di Ko Samet, mengakibatkan pekerja-pekerja bertungkus-lumus membersihkan pasir-pasir yang menghitam. – AFP

    Gambar serahan Tentera Laut Diraja Thailand pada 27 Januari menunjukkan operasi pembersihan berjalan bagi tumpahan minyak akibat kebocoran saluran paip bawah laut milik Syarikat Star Petroleum Refining Public Company Limited di Teluk Thailand, berhampiran Rayong. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...