Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand beri amaran kepada penerbit ‘Jurassic World’

    BANGKOK, 6 JUN – Pegawai Thailand telah memberikan amaran keras kepada penerbit Jurassic World supaya tidak merosakkan pantai dan taman negara apabila mereka membuat penggambaran filem-filem blockbuster seterusnya di kerajaan itu.

    Bintang Hollywood, Scarlett Johansson dilaporkan telah dijemput untuk membintangi filem ketujuh dalam siri dinosaur yang sudah lama ditayangkan.

    Penggambaran untuk sebahagian filem itu yang masih belum diberi tajuk tetapi dijadualkan untuk ditayangkan tahun depan akan berlangsung di Bangkok dan di taman negara di Krabi, Phuket, Phang-nga dan Trang, mulai minggu depan dan berlanjutan hingga Julai.

    Lokasi termasuk pulau Ko Kradan yang subur di luar pantai barat kerajaan dan air terjun Huay To di Taman Negara Khao Phanom Bencha.

    Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Phatcharavat Wongsuwan berkata Thailand berbesar hati untuk menjadi tuan rumah penggambaran itu.

    “Bagaimanapun, adalah wajib bagi mereka untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan dan tidak boleh menjejaskan dan merosakkan sumber semula jadi dan alam sekitar,” kata Phatcharavat dalam satu kenyataan yang disiarkan kelmarin di halaman Facebook Jabatan Taman Negara. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda