Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand cadang ganti ujian PCR dengan ATK mulai Mei

    BANGKOK, 29 MAC – Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand akan mencadangkan kepada pasukan petugas COVID kerajaan untuk membatalkan ujian RT-PCR mandatori bagi ketibaan antarabangsa dan menggantikannya dengan ujian antigen (ATK) yang dilakukan sendiri mulai Mei.

    Dalam usaha merancakkan semula industri pelancongannya, Menteri Pelancongan dan Sukan Phiphat Ratchakitprakarn berkata pengembara yang lengkap divaksin tidak perlu menginap di hotel yang ditempah awal dan menjalani ujian RT-PCR mandatori semasa ketibaan.

    “Kami jangka langkah itu akan diluluskan dan dilaksanakan mulai 1 Mei, dengan syarat tiada lonjakan jangkitan baharu COVID dan kematian semasa dan selepas perayaan Songkran (13 hingga 15 April),” katanya dipetik The Nation. Setakat ini, pengembara antarabangsa yang memasuki negara itu perlu memohon dalam talian untuk mendapatkan ‘Pas Kebenaran Thailand’ sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum perjalanan.

    Di bawah program ‘Test & Go’ tanpa kuarantin, pengembara juga perlu menempah awal hotel yang ditetapkan, serta melakukan ujian RT-PCR pada hari pertama ketibaan dan ujian ATK pada hari kelima. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda