BANGKOK, 15 APRIL – Thailand telah mencatat 30 kes baharu COVID-19 dan dua lagi kematian, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 2,643 kes dengan 43 kematian. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), Thaweesilp Wissanuyothin berkata kematian terkini membabitkan seorang wanita rakyat Thailand berusia 65 tahun yang merupakan penjaja jalanan di Chiang Mai dan seorang