Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Thailand catat 3,129 kes baharu, 30 kematian

    BANGKOK, 17 JUN – Thailand mencatatkan 3,129 kes baharu COVID-19 dan 30 kematian dalam tempoh 24 jam lalu, mengumpul jumlah keseluruhan kes jangkitan di negara ini kepada 207,724 dan 1,555 korban setakat ini.

    Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata, daripada kes baharu itu, 3,106 adalah penularan tempatan termasuk 457 banduan, dan 23 kes import.

    Kematian baharu melibatkan 18 lelaki dan 12 wanita berusia antara 38 hingga 89 tahun termasuk seorang warga Myanmar dan seorang rakyat Kuwait.

    Menurut beliau 22 kematian berlaku di Bangkok, tiga di Phetchaburi dan masing-masing satu di Samut Prakan, Samut Songkhram, Udon Thani, Sa Kaeo dan Narathiwat.

    “Ada 83 kluster di Bangkok, setakat ini. Satu kluster baharu membabitkan 37 kes telah dikesan di daerah Bang Na di Bangkok,” katanya semasa taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.

    Sementara itu, Pengarah Penyakit Berbahaya dan Kecemasan di Jabatan Kawalan Penyakit Dr Chawetsan Namwat berkata 13 kematian telah dilaporkan di negara itu selepas menerima vaksin COVID-19, dengan lapan mengalami sindrom koronari akut. “Terdapat 55 kes masih menunggu hasil siasatan dan autopsi lebih lanjut,” katanya.

    Hingga kini, Thailand telah memberikan lebih 7 juta dos vaksin ketika negara itu mempercepatkan vaksinasinya untuk memerangi penularan koronavirus. – Bernama/Xinhua

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Pelakon Bollywood, Priyanka Chopra berdepan kecaman teruk selepas tular...

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    Agensi kepada pelakon Korea Selatan, Song Ji Hyo iaitu...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...