BANGKOK, 4 JULAI – Thailand mencatatkan 5,916 kes baharu COVID-19 dan 44 kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 283,067 manakala seramai 2,226 meninggal dunia.
Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) dalam satu kenyataan berkata kes terbaru itu termasuk 5,910 penularan tempatan iaitu sebanyak 1,800 dicatatkan menerusi pengesanan kes aktif manakala enam kes import.
“Seramai 59,938 pesakit COVID-19 masih dirawat di hospital termasuk 2,147 dalam keadaan serius dan 616 memerlukan sokongan alat bantuan pernafasan,” kata kenyataan itu. – Bernama