BANGKOK, 31 JAN – Thailand terus mencatat tiga angka bagi kes baharu harian COVID-19 selepas pihak berkuasa negara itu meningkatkan langkah pengesanan kes aktif di wilayah Samut Sakhon di mana penularan semasa pandemik tersebut bermula.
Sepanjang tempoh 24 jam lepas, Thailand merekodkan 829 jangkitan baharu dengan sifar kematian menjadikan keseluruhan kes ialah 18,782 dengan 77 kematian.
Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), Dr Panprapa Yongtrakul berkata daripada jumlah kes baharu itu, 822 adalah jangkitan tempatan dengan 731 dikenal pasti melalui pengesanan kes aktif manakala 91 merupakan mereka yang mendapatkan rawatan di hospital. – Bernama
