Friday, November 15, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand dakwa warga Kanada bunuh samseng di Phuket

    BANGKOK, 30 MEI – Polis Thailand kelmarin berkata bahawa mereka telah mendakwa seorang lelaki warga Kanada yang mereka sifatkan sebagai tentera upahan atas pembunuhan seorang samseng India di pulau peranginan Phuket.

    Pegawai melancarkan siasatan selepas Jimi ‘Slice’ Sandhu yang nama timangannya diambil daripada kesan parut yang jelas di mukanya ditembak mati pada Februari 2022.

    Interpol mengeluarkan notis merah untuk lelaki warga Kanada, Matthew Leandre Ovide Dupre pada tahun lalu berhubungan dengan pembunuhan. Lelaki berusia 38 tahun itu diserah balik dari Kanada dan pulang ke Thailand lewat Ahad.

    “Dia merupakan suspek utama dan seorang tentera upahan profesional. Dia terbang ke sini untuk menyelesaikan tugasnya, dan malahan dia tidak membawa senjata,” kata Ketua Polis Kebangsaan, Damrongsak Kittiprapas kepada wartawan.

    Dupre didakwa dengan pembunuhan terancang, memiliki pistol secara haram, dan melepaskan tembakan, menurut kenyataan polis.Pegawai berkata Dupre menafikan kesemua pertuduhan. Damrongsak berkata Dupre adalah bekas tentera dan askar upahan yang bekerja di beberapa buah negara, termasuk Afghanistan.

    Dia tiba secara terus dari Kanada ke ibu kota Thailand, Bangkok menaiki pesawat khas Tentera Udara Thailand, kata Damrongsak.

    “Ini adalah kes yang sukar, tiada penerbangan komersial atau negara dibenarkan pesawat mengisi minyak kerana mereka bimbang mengenai mengambil tebusan,” katanya. Pegawai akan terus menyiasat siapa yang membekalkannya senjata.

    Kanada dan Thailand telah membuat perjanjian untuk memberikan bantuan bersama, termasuk penyerahan balik, dalam kes jenayah. – AFP

    Damrongsak Kittiprapas bercakap semasa sidang media mengenai penyerahan Matthew Dupre yang dikehendaki selepas menjadi suspek pembunuhan samseng India. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda