Wednesday, July 16, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand giatkan usaha selamatkan skuad bola

    MAE SAI, Thailand, 1 Julai – Para pegawai Thailand yang berusaha keras untuk menyelamatkan 12 remaja lelaki dan penolong jurulatih skuad bola sepak mereka dari sebuah gua yang ditenggelami banjir, hari ini telah mendirikan pangkalan kerja di sana dan yakin telah mencapai beberapa kemajuan memandangkan cuaca semakin membaik.

    Hujan monsun telah merumitkan operasi pencarian remaja berusia 11 hingga 16 tahun bersama jurulatih mereka di gua Tham Luang, utara Thailand sejak minggu lalu apabila hujan lebat mula turun.

    Tetapi cuaca sedikit reda dan penubuhan pangkalan operasi telah meningkatkan harapan bahawa 13 individu malang itu dapat diketahui lokasinya tidak lama lagi.

    “Hari ini, apa yang perlu kita lakukan adalah bergegas ke lokasi mereka,” kata Panglima Tentera Laut Thailand dan Laksamana Apakorn Yookong-kaew kepada wartawan di tempat kejadian.

    “Kami tidak akan berhenti sehingga kami menemui mereka.”

    Petugas mengangkat pam air ke tapak penggerudian berhampiran gua Tham Luang, semalam ketika operasi menyelamat diteruskan bagi sepasukan bola sepak remaja lelaki dan jurulatih mereka yang hilang. – AFP

    Para penyelamat meletakkan tangki oksigen tambahan di sepanjang dinding gua dengan harapan ia dapat menyediakan laluan ke ruangan lapang yang dipanggil Pattaya Beach di mana para pegawai percaya pasukan itu mungkin berlindung.

    Pangkalan ini juga akan membantu para penyelamat membawa mangsa keluar jika mereka dijumpai dan menyediakan makanan segera serta bantuan perubatan.

    “Kami mempunyai rancangan untuk proses seterusnya selepas menyelamatkan mereka. Kami mempunyai rancangan tentang rawatan dan apa yang perlu dilakukan,” kata gabenor Chiang Chiang Rai, Narongsak Osottanakorne sambil menambah mereka juga sedang memasuki gua tersebut dengan membuat penggerudian dari atas.

    Sikap optimis datang selepas seminggu hujan lebat melanda kawasan berhampiran sempadan Myanmar dan Laos itu, menjadikannya sukar pihak penyelamat untuk pergi lebih jauh ke dalam lereng Tham Luang sepanjang 10 kilometer.

    “Saya berasa gembira seperti saya tidak pernah rasakannya sejak beberapa lama. Banyak tanda-tanda bagus,” kata ketua pasukan, Nopparat Khan-thavong, 37, kepada AFP.

    “Hujan telah berhenti dan pasukan penyelamat telah menemui jalan yang berpotensi untuk meredah banjir dan mengalihkan aliran air supaya tidak memasuki gua,” katanya.

    “Anggota keluarga mereka juga berasa lapang.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda