Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand ikrar layan adil pengunjung asing

    BANGKOK, 4 JAN – Pengunjung asing yang memasuki Thailand dari seluruh dunia termasuk China akan dilayan sama rata dan berdasarkan standard-standard saintifik, pegawai-pegawai kesihatan awam Thailand berkata hari ini.

    Selaras dengan garis panduan semasa, yang menganggap COVID-19 sebagai penyakit berjangkit di bawah pemantauan, tiada langkah awam khusus akan dilaksanakan, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata dalam satu kenyataan. 

    Satu set langkah-langkah pencegahan COVID-19 akan dimuktamadkan pada mesyuarat esok, antara pegawai-pegawai dari Kementerian Kesihatan Awam, Kementerian Pelancongan dan Sukan, Kementerian Pengangkutan, dan Kementerian Hal Ehwal Luar. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda