Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand keluar amaran banjir, tanah runtuh di 33 wilayah

    BANGKOK, 7 JULAI – Kerajaan Thailand menyenaraikan 33 wilayah dalam keadaan berjaga-jaga minggu ini susulan ramalan hujan lebat berterusan yang berpotensi mengakibatkan banjir kilat dan tanah runtuh.

    Timbalan Jurucakap Kerajaan Sasikan Watthanachan berkata, Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) mengeluarkan amaran kepada kawasan di bahagian utara, timur laut, tengah dan selatan negara itu untuk memantau risiko banjir kilat, limpahan air hujan, tanah runtuh serta banjir di kawasan tanah rendah.

    “Agensi berkaitan di kawasan berisiko tinggi diarahkan bersiap siaga 24 jam dan bersedia untuk bertindak balas terhadap sebarang kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Menurut Sasikan, DDPM turut mengarahkan pihak berkuasa wilayah dan pusat pencegahan bencana serantau agar memantau secara rapi kawasan yang mencatatkan taburan hujan melebihi 90 milimeter dalam tempoh 24 jam, serta kawasan yang sering dilanda banjir.

    “Pihak berkuasa perlu segera memeriksa dan membaiki benteng banjir, membersihkan saluran air yang tersumbat serta mengurus sumber air dari hulu ke hilir secara sistematik.

    “Tarikan pelancongan semula jadi yang berisiko seperti air terjun dan gua juga mesti dipantau dengan teliti. Sekiranya terdapat ancaman bahaya, kawasan itu perlu ditutup serta-merta,” katanya. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda