Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Thailand keluarkan wang kertas polimer

    BANGKOK, 21 JAN – Bank Negara Thailand akan melancarkan wang kertas polimer 20 baht baharu pada 24 Mac, selaras dengan dasarnya ke arah wang kertas lebih mesra alam.

    Wang kertas polimer baharu itu juga dipertingkatkan mutunya menggunakan teknologi anti-pemalsuan termaju.

    Inisiatif menukar wang kertas kepada polimer adalah kerana ia tidak mudah kotor dan tahan lebih lama, kata bank itu menerusi satu kenyataan.

    Wang kertas 20 baht merupakan denominasi paling banyak digunakan, justeru ia lebih cenderung rosak dan kotor berbanding denominasi lain, katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...