Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Thailand lancar khidmat pemberitahuan dalam talian 90 hari

    BANGKOK, 22 JAN – Biro Imigresen Thailand telah melancarkan ‘perkhidmatan pemberitahuan dalam talian 90 hari’ baharu untuk warga asing yang tinggal lebih 90 hari di Thailand.

    Pesuruhjaya Biro Imigresen dan wakil sektor berkaitan Jeneral Ittipol Itthisarnronnachai berkata perkhidmatan baharu itu selaras dengan pelan dasar ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri, Srettha Thavisin yang bertujuan menarik lebih ramai pelancong dan pelabur ke Thailand.

    “Perkhidmatan baharu oleh Biro Imigresen akan mengurangkan dan memendekkan pro-ses pelaporan bagi warga asing yang menetap atau menjalankan perniagaan di Thailand,” menurutnya dalam satu kenyataan.

    Terdahulu, beliau melancarkan ‘perkhidmatan pemberitahuan dalam talian 90 hari’ baharu untuk warga asing di Bahagian Imigresen 1 di Kompleks Kerajaan hari ini.

    Ittipol berkata perkhidmatan itu akan terlebih dahulu disediakan kepada pelabur yang ditaja oleh Lembaga Pelaburan Thailand (BOI), dengan rancangan untuk meluaskannya kepada warga asing yang memegang jenis visa lain pada masa hadapan.

    Mereka yang merancang untuk menggunakan sistem itu boleh berbuat demikian 15 hari sebelum tarikh yang ditetapkan pada bila-bila masa melalui saluran dalam talian, termasuk telefon bimbit, tablet atau komputer.

    Proses pendaftaran pula adalah mudah dengan pengguna dikehendaki mendaftar di www.immigration.go.th, menerima kata laluan melalui e-mel dan log masuk untuk mengisi maklumat peribadi mereka dan memaklumkan penginapan 90 hari dalam sistem.

    Pemberitahuan akan dimaklumkan melalui e-mel atau melalui laman sesawang imigresen. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...