BANGKOK, 29 SEPT – Lembaga Penjana Tenaga Elektrik Thailand (EGAT) melancarkan prototaip teksi motor dan bot elektrik sebagai usaha menyokong penggunaan kenderaan elektrik dalam pengangkutan awam, selain bertujuan mengurangkan pencemaran udara.
Teksi motor itu boleh digunakan untuk perjalanan sejauh 100 kilometer dengan sekali cas, kelajuan maksimum lebih 80 kilometer sejam, lapor agensi berita Vietnam (VNA).
Ia turut dilengkapi sistem GPS dan dijangka dapat digunakan pada akhir 2020.
EGAT turut membangunkan dua bot elektrik yang boleh bergerak sejauh 60 kilometer dengan sekali cas.
Setiap bot boleh membawa sehingga 80 orang penumpang. – Bernama