Thursday, January 9, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand lepasi sasaran 35 juta pelancong, jana 1.67 trilion baht pada 2024

    BANGKOK, 7 JAN – Thailand mengalu-alukan lebih 35.5 juta pelancong antarabangsa pada 2024, melebihi sasaran 35 juta pelancong dan menjana pendapatan pelancongan sebanyak 1.67 trilion baht, kata Menteri Pelancongan dan Sukan, Sorawong Thianthong.

    China mengekalkan kedudukannya sebagai pasaran sumber pelancong terbesar Thailand pada 2024, menyumbang 6.7 juta pelawat, diikuti Malaysia (4.9 juta), India (2.13 juta), Korea Selatan (1.87 juta) dan Rusia (1.75 juta).

    Sorawong turut menyuarakan keyakinan bahawa ketibaan pelancong antarabangsa akan terus menunjukkan trend peningkatan, didorong oleh faktor utama seperti langkah perjalanan yang dilonggarkan, termasuk pengecualian borang imigresen TM6 di pusat pemeriksaan sempadan darat dan usaha untuk menggalakkan syarikat penerbangan meningkatkan kekerapan penerbangan.

    Thailand menyasarkan untuk menarik antara 36 hingga 39 juta pelawat antarabangsa dan menjana 1.98 hingga 2.23 trilion baht dalam hasil pelancongan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda