BANGKOK, 11 Julai – Kerajaan tentera Thailand hari ini meluluskan AS$5.2 bilion untuk membina lapangan pertama landasan kereta api berkelajuan tinggi yang akan menghubungkan Bangkok dengan selatan China, satu projek infrastruktur besar bersama Beijing yang telah dihambat oleh penangguhan.
Projek itu adalah sebahagian daripada pelan infrastruktur serantau China untuk membina rangkaian landasan kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan bandar selatan Kunming dengan Laos, Thailand, Malaysia dan Singapura.
Pembinaan itu sudah pun bermula di Laos namun bagi segmen Thailand, landasan itu dihambat selama bertahun-tahun akibat kewangan, syarat pinjaman dan peraturan perlindungan buruh di kerajaan Asia Tenggara itu.
Persetujuan pembiayaan dari kabinet Thailand muncul selepas ketua junta Prayut Chan-O-Cha menggunakan kuasa mutlaknya bulan lalu untuk menjelaskan beberapa siri rintangan perundangan dan teknikal yang melanda perjanjian itu.
“Kabinet telah meluluskan fasa pertama landasan kereta api berkelajuan tinggi…dari Bangkok ke Korat dengan bajet 179 bilion baht (AS$5.2 bilion) bagi pelan empat tahun,” kata Kobsak Pootrakool dari pejabat Perdana Menteri.
Peringkat pertama landasan berkelajuan tinggi akan terbentang seluas 250 kilometer (150 batu) antara Bangkok dan timur laut wilayah Nakhon Ratchasima, juga dikenali sebagai Korat. Pelan itu kemudian akan melanjutkan trek itu ke Nong Khai di sempadan bersama Laos.
Thailand akan membiayai kos pembinaan namun sebahagian besar kepakaran teknikal akan muncul dari jurutera China – sesuatu yang telah disungutkan oleh firma-firma tempatan yang berang dengan keputusan Prayut untuk mengurangkan penyekatan yang diletakkan ke atas jurutera asing.
“Thailand akan bertanggungjawab bagi semua pembinaan, sementara China akan bertanggungjawab bagi reka bentuk,” kata Menteri Pengangkutan Thailand, Arkhom Termpittayapaisith hari ini. – AFP